Kata mereka: Ada pernyataan bercanggah dalam Alkitab - pada satu petikan
dinyatakan Paulus menjadi buta dan boleh mendengar suara Tuhan bersama
pengikutnya sedangkan pernyataan lain Paulus menjadi buta dan mendengar suara
Tuhan tetapi tidak didengari oleh para pengikutnya.
Jawab saya: Ya, sekali pandang
memang kelihatan ada percanggahan dalam ayat-ayat tentang pengalaman Paulus
dalam perjalanan ke Damsyik. Mari kita perhatikan kedua-dua ayat itu:
“Maka termangu-mangulah
teman-temannya seperjalanan, karena mereka memang mendengar
suara itu, tetapi tidak melihat seorang jugapun.” (KPR 9:7)
“Dan mereka yang
menyertai aku, memang melihat cahaya itu, tetapi suara Dia, yang berkata
kepadaku, tidak mereka dengar.” (KPR 22:9)
Pertama, mesti
dinyatakan di sini bahawa ayat pertama ialah pengisahan oleh penulis KPR iaitu
Lukas manakala petikan kedua adalah kesaksian daripada mulut Paulus sendiri. Walaupun
kedua-dua ayat ini nampaknya bercanggah tapi kita tahu itu mustahil kerana
kedua-duanya dalam buku yang sama dan ditulis dengan teliti dan sengaja oleh
Lukas.
Lukas berkata ‘suara’
didengar tetapi tidak ada orang yang dilihat (KPR 9:7).
Tiga kali, semasa Yesus
di dunia, Allah Bapa telah bersuara (Matius 3:17; 17:5; Yohanes 12:28). Dalam
Yohanes 12, walaupun Bapa bersuara, ada yang berkata terdengar bunyi seperti
guruh, ada yang berkata terdengar suara malaikat manakala yang lain berkata ia
suara Tuhan. Jadi, adalah tidak mustahil untuk mempunyai pelbagai respons dan
tafsiran dari orang yang ada di tempat yang sama apabila Tuhan bersuara – ada
yang tertanya siapa yang berkata, apa yang dikata dan dari mana sumber suara
itu. Ini kesnya juga dalam kisah Paulus di Damsyik.
Paulus memahami apa
yang sedang dikatakan dan dia sedar dia sedang berdialog dengan Yesus. Mereka
yang bersamanya hanya penonton – mereka nampak Paulus jatuh dari kudanya dan
cahaya terang yang menyinarinya. Kata Lukas tentang penoton-penonton ini:
mereka “mendengar suara itu, tetapi tidak melihat seorang jugapun”(KPR 9:7).
Mereka dengar suara (bunyi)
dari syurga tetapi mereka tidak melihat siapa yang bersuara (hanya Paulus kerana
Yesus tidak menampakkan diri kepada mereka). Ini diakui Paulus beberapa tahun
kemudian apabila dia berkata bahawa mereka yang bersamanya, telah melihat
cahaya dan mendengar suara (tidak jelas tapi kuat macam guruh) dari jauh (KPR
22). Mereka tidak nampak Yesus hanya cahaya yang terang – Paulus nampak dan
berdialog dengan Yesus yang ada di dalam terang itu.
Paulus kemudiannya berkata,
mereka ini yang dalam rombongan dia tidak dengar suara Yesus. Apa yang dia
maksudkan? Untuk mengetahui jawapannya kita mesti baca KPR 22: 6-8 juga:
“Tetapi dalam
perjalananku ke sana, ketika aku sudah dekat Damsyik, yaitu waktu tengah hari,
tiba-tiba memancarlah cahaya yang menyilaukan dari langit mengelilingi aku. Maka
rebahlah aku ke tanah dan aku mendengar suatu suara yang berkata kepadaku:
Saulus, Saulus, mengapakah engkau menganiaya Aku? Jawabku: Siapakah Engkau,
Tuhan? Kata-Nya: Akulah Yesus, orang Nazaret, yang kauaniaya itu. Dan mereka
yang menyertai aku, memang melihat cahaya itu, tetapi suara Dia, yang berkata
kepadaku, tidak mereka dengar.”
Paulus mendengar
kata-kata spesifik dari Yesus yang bercakap dengan-Nya – kata-kata ini tidak didengar
oleh ahli-ahli rombongannya kerana jarak mereka daripada Paulus dan kerana
dialog yang berlangsung bukan dengan mereka. Mereka mendengar suara (bunyi)
tetapi bukan perkataan jelas yang diucapkan. Mereka dengar bunyi yang kuat,
mereka sedar Paulus sedang bercakap dengan seseorang tetapi mereka tidak tahu
siapa dan apa yang sedang dikatakan.
Peristiwa yang sama
berlaku kepada Daniel apa Allah berbicara dengan-Nya (Daniel 10:7):
“Hanya aku, Daniel,
melihat penglihatan itu, tetapi orang-orang yang bersama-sama dengan aku, tidak
melihatnya; tetapi mereka ditimpa oleh ketakutan yang besar, sehingga mereka
lari bersembunyi.”
Ya, teman-teman Paulus
melihat kemuliaan Yesus tetapi Paulus melihat Yesus; mereka melihat cahaya tapi
tidak melihat Dia yang Mulia, mendengar bunyi seorang bersuara tetapi tidak
mendengar apa yang dikatakan mahupun faham kandungan dialog yang berlangsung.
Ya, teman-teman Saulus mendenagr suara (bunyinya kuat dan macam orang sedang
bercakap, khusunya apabila merela lihat Saulus respons kepada bunyi itu dengan
bercakap balik) tetapi mereka tidak dengar suara Dia yang bercakap dengan
Paulus kerana bunyinya kuat, jarak mereka dari tempat dialog sedang berlangsung
dan kerana dialog itu hanya antara Yesus dan Saulus.