Mereka berkata: Kalau benar
bahawa Yesus adalah Tuhan, kenapa Dia harus berdoa dan kepada siapa Dia berdoa?
Jawap saya: Untuk memahami
Yesus di dunia berdoa (berbicara atau bercakap) kepada Bapa di syurga, kita
perlu sedar bahawa Bapa yang kekal dan Yesus (Anak) yang kekal telah pun
mempunyai satu perhubungan kekal sebelum Yesus mengenakan darah dan daging dan
menjadi manusia. Alkitab berkata Bapa mengirim Yesus (Yohanes 5:19-27 khususnya
ayat 23; Yohanes 15:10) dan Yesaya 9:6 menerangkan apa yang berlaku dengan
frasa yang menarik ini: Anak diberi dan seorang bayi dilahirkan. Persatuan
kekal antara Yesus dan Bapa sentiasa wujud dan ini diakui sendiri Yesus dalam
Yohanes 10:30 yang menekankan kesatuan bahan dan intipati – dua peribadi sama-dengan
yang wujud sebagai Allah yang Esa. Mereka telah ada dan terus ada perhubungan
dan komunikasi yang kekal.
Apabila Yesus
mengenakan kemanusiaan tidak berdosa, Dia juga telah mengambil rupa seorang
hamba dan mengosongkan diri-Nya daripada kemuliaan syurgawi (Filipi 2:5-11).
Sebagai Allah-manusia, doa-Nya kepada Bapa adalah untuk mendapatkan kuasa (Yohanes
11:4-42) dan hikmat (Markus 1:35, 6:46). Dalam sifat kemanusiaan-Nya, Dia
menunjukkan kebergantungan penuh-Nya kepada Bapa melalui doa untuk memastikan
rencana penyelamatan apa terlaksana (Yohanes 17). Dengan berdoa Dia menunjukkan
bahawa Dia tunduk sepenuhnya kepada kehendak Bapa, yang memerlukan-Nya memikul
salib dan membayar upah dosa akibat kegagalan kita mentaati hukum Allah (Matius
26:31-46).
Tidak ada masalah
apabila Yesus memilih untuk berhubung (perkataan lain untuk berdoa) dengan Bapa
kerana walaupun Yesus menjadi manusia, perhubungan-Nya dengan Bapa (yang sudah
pun wujud dan aktif) tidak pernah putus atau berubah. Walaupun dalam bentuk
manusia, kehidupan doa Yesus telah membantu Dia hidup dalam kehendak Bapa-Nya.
Keilahian Yesus
tidak terjejas atau dikurangkan hanya kerana Dia terus berhubung dengan Bapa
apabila menjadi manusia; sebaliknya Dia menunjukkan bahawa walaupun Dia manusia
yang bebas dosa, Dia bergantung pada doa untuk kekuatan dan hikmat-Nya. Amalan
doa Yesus adalah contoh terbaik penting dan perlunya doa bagi mereka yang sudah
mempunyai perhubungan yang baik dan kekal dengan Bapa. Apabila Dia berdoa,
Yesus mendemonstrasikan perlunya manusia bergantung atas Allah untuk berjaya
dalam hidup, berjaya melakukan kehendak Allah.
No comments:
Post a Comment