Jawab saya: Soalan ini dan banyak lagi kebingungan serta salah faham yang berkaitan, semuanya timbul hasil kejahilan ramai orang tentang kewujudan dua sifat serentak Yesus - manusia dan ilahi (Yesus adalah 100% manusia dan pada masa yang sama 100% Tuhan/ilahi). Sememangnya bacaan sekali imbas ayat ini akan membuat sesiapapun menyimpulkan bahawa Yesus 'kurang' dari Allah Bapa, maka Yesus kurang berkuasa dan berautoriti malahan bukan Tuhan.
Untuk memahami apa yang dimaksudkan Yesus, ayat ini mesti diperhatikan
dalam konteksnya dan prinsip-prinsip pentafsiran mestilah dipatuhi supaya
kesimpulan yang dibuat tepat dan boleh diterima.
Masa-Nya untuk disalibkan semakin hampir dan Yesus dengan terbuka bercakap
tentang kematian-Nya dan kembali-Nya ke Bapa di syurga. Apabila Yesus menegur
murid-murid-Nya yang enggan menerima kenyataan-Nya, Dia berkata bahawa
murid-murid-Nya sepatutnya bersukacita kerana Dia pergi kepada Bapa-Nya di
syurga sebab “Bapa lebih besar dari pada Aku”.
Seorang manusia yang sakit tenat, untuk menghibur hati mereka yang
mengasihi dia, mungkin akan berkata, "Adalah baik saya kembali kepada
Bapa" tetapi alasannya ialah kerana dia akan lebih gembira di syurga atau
kerana dia akan bebas dari sakit. Adalah pasti dia tidak akan berkata,
"Bergembiralah aku ke syurga kerana Allah lebih besar dan berkuasa
daripada ku". Kata-kata seperti itu tidak sesuai dan tidak masuk akal
sebagai sebab mengapa seseorang harus bersukacita kerana yang dia kasihi akan
meninggal dunia!
Dalam erti kata yang sama, apabila Yesus berkata adalah baik Dia kembali ke
syurga kerana Allah Bapa lebih besar daripada-Nya, Dia tidak bermaksud Allah
lebih agung atau berkuasa berbanding dengan-Nya!
Perkataan yng diterjemah "lebih besar" (meizon) tidak bermaksud daripada jenis yang lebih agung atau mulia,
tetapi ‘besar’ itu lebih dari segi kedudukan atau autoriti. Perkataan ini
digunakan Yesus apabila Dia berkata, "Seorang hamba tidak lebih tinggi dari pada tuannya" (Yohanes
13:16;15:20) – dalam ayat-ayat ini yang pasti Dia tidak berkata seorang hamba
berbeza komposisi daripada tuannya atau daripada jenis ciptaan yang kurang
mulia. Sebaliknya meizon (diterjemahkan
lebih tinggi) di sini membawa maksud
menduduki tempat yang berstatus, hormat serta autoriti yang lebih tinggi.
Berpandukan ini, apa yang dimaksudkan Yesus ialah Bapa-Nya lebih besar
kerana kedudukan-Nya di syurga itu lebih hormat dan lebih berautoriti
berbanding kedudukan Anak di dunia. Itulah sebabnya Yesus menyeru
murid-murid-Nya bersukacita kerana Dia akan kembali kepada Bapa (yang lebih
besar) kerana Dia akan kembali ke tangan kanan Allah Bapa (Efesus 1:19-21; Roma
8:34) dan kembali menikmati kemuliaan yang Dia alami sebelum dunia diciptakan
(Yohanes 17:5).
Filipi 2:6 dengan jelas menyatakan bahawa Yesus telah mengosongkan diri-Nya
daripada kedudukan dan kemuliaan-Nya sebab Anak dan menjadi hamba - mengambil
kedudukan/status hamba (doulos -
perkataan sama untuk hamba dalam contoh dari Yohanes di atas) - dan dalam
status itu di bumi Dia berkata Bapa di syurga lebih besar daripada Dia yang
sekarang di bumi dalam rupa hamba. Yesus berkata Allah lebih besar daripada Dia
bukan kerana Dia bukan Tuhan tetapi kerana Dia juga Allah yang telah menjadi
manusia (Yohanes 1:1,14; Galatia 4:4-5) dan saya yakin semua orang akan akui bahawa
manusia "sedikit rendah daripada malaikat" (Ibrani 2:9).
Maka, hanya dengan melihat konteks dan maksud perkataan yang Yesus pakai
serta padanan dengan doktrin dua sifat Yesus (khususnya pengosongan-Nya ketika
di dunia), jelaslah Yesus TIDAK berkata Dia kurang dari Allah dari segi
komposisi atau peribadi-Nya, tetapi sebagai Anak yang telah menjadi manusia
berstatus hamba, Bapa-Nya ketika ayat itu diucapkan sememangnya lebih besar
daripada-Nya.
Carta berikut dapat menunjukkan dua sifat Yesus yang berfungsi pada masa
yang sama di bumi:
TUHAN
|
MANUSIA
|
Dia
disembah (Matius. 2:2,11; 14:33)
|
Dia menyembah
Bapa (John 17)
|
Dia
dipanggil Tuhan (Yohanes 20:28; Ibrani 1:8)
|
Dia
dipanggil manusia (Markus 15:39; Yohanes 19:5)
|
Dia
dipanggil Anak Allah (Markus 1:1)
|
Dia
dipanggil Anak Manusia (Yohanes 9:35-37)
|
Orang
berdoa kepadapa-Nya (KPR 7:59)
|
Dia
berdoa kepada Bapa (Yohanes 17)
|
Dia
tanpa dosa (1 Petrus 2:22; Ibrani 4:15)
|
Dia
digoda (Matius 4:1)
|
Dia
tahu segala sesuatu (Yohanes 21:17)
|
Dia
bertambah Dia mati (Roma 5:8)dalam pengetahuan (Lukas 2:52)
|
Dia
memberi kehidupan kekal (Yohanes 10:28)
|
Dia
mati (Roma 5:8)
|
Seluruh
kepenuhan ilahi diam di dalam-Nya (Kolose 2:9)
|
Dia
memiliki tubuh daging dan tulang (Lukas 24:39)
|
Itulah sebabnya apabila Yesus berada di dunia Dia pernah berkata Dia
berkongsi kemuliaan bersama Bapa sejak mulanya (Yohanes 17:5), bahawa Dia turun
dari syurga (Yohanes 3:13) dan bahawa Dia MahaHadir (Matius 28:20) - semua ini
sifat milik Allah sahaja!
Untuk memahami Yesus dan kata-kata-Nya, serta semua doktrin tentang Yesus,
kita mesti memahami dan menerima hakikat bahawa Yesus memiliki dua sifat - SATU
peribadi yang memiliki DUA sifat yang lengkap/penuh!
No comments:
Post a Comment