Mereka berkata: Ikan atau salib? Salib wujud sebelum masihi dalam Kerajaan Roma, Salib wujud sebelum Yesus lahir. Maharaja Konstantin menyembah salib. Maka orang Kristian telah mengubah ajarannya dan ditambah kekafiran Roma.
Jawap saya: Orang Kristian
awal menggunakan pelbagai simbol untuk menyatakan iman mereka. Guru Kristian
kurun kedua Clement dari Alexandria mengenal pasti burung merpati, ikan, kapal
dan sauh kapal sebagai simbol-simbol boleh-terima untuk cincin-meterai orang Kristian
dan pakar kaji purba telah menjumpai cincin-cincin seperti ini dari kurun
ketiga dan keempat.
Satu daripada
simbol paling awal yang terkenal ialah ikan. Ada orang Kristian awal
menggunakan perkataan Yunani untuk ikan, ichthus,
sebagai singkatan untuk frasa “Yesus Kristus, Anak Allah, Penyelamat” (dalam
bahasa Yunani huruf pertama untuk setiap perkataan dalam frasa ini mengeja ichtus). Tertullian, seorang ahli
sejarah pada permulaan kurun ketiga ada menyebut tentang penggunaan simbol ini
dalam pembaptisan.
Tulisan-tulisan
gereja awal menunjukkan betapa pentingnya salib dalam khutbah dan pengakuan
umat Kristian. Justin Martyr, seorang apologis yang menulis pada TM150-160
menyatakan bahawa Allah telah meletakkan simbol salib dalam objek-objek harian
– tiang utama kapal, kapak dan alat membajak dan panji-panji askar-askar Rom.
Orang Kristian sering berdiri berdoa, dengan tangan mereka terbuka, membentuk
tanda salib. Pada awal TM200 orang Kristian sudah mula membuat tanda salib
dengan tangan mereka.
Orang Kristian
awal juga telah mengambil dua singkatan yang ada dalam tulisan Yunani bukan
Kristian zaman itu dan memberi maksud baru kepadanya. Pertama, ialah huruf tau (bentuk seperti huruf T atau tanda
campur) dan huruf rho (bentuk seperti
P) yang menjadi singkatan tau-rho untuk ejaan bagi salib (stauros) dan menyalib
(stauroo). Kerana tau berbentuk seperti salib dan rho bila digabungkan
melambangkan Yesus yang disalib, tau-rho menjadi satu daripada simbol paling
awal untuk mewakili penyaliban Yesus.
Singkatan kedua,
chi-rho, terdiri daripada huruf Yunani chi
(bentuk X) yang dipakai sebagai singkatan untuk Kristus. Pada TM312, seorang
penulis Kristian awal bernama Lactantius berkata Maharaja Konstantin meletakkan
simbol chi-rho pada panji-panji askar yang menakluki Rom. Setelah
kemenangannya, chi-ro menjadi simbol yang terkenal di mana-mana oleh orang
Kristian.
Orang Kristian
hanya mula melukis gambar-gambar penyaliban Yesus yang eksplisit lebih kurang
400 tahun setelah kebangkitan Yesus. Ini adalah kerana gereja awal tidak hanya
menekankan penyaliban Yesus tetapi juga kebangkitan-Nya. Satu lagi sebab
mengapa simbol salib akhirnya menjadi simbol popular orang Kristian ialah
pengaruh Konstantin yang akhirnya menjadikan chi-rho simbol yang diterima
ramai. Akhirnya, salib yang menjadi simbol yang melambang iman Kristian.
No comments:
Post a Comment