Mereka berkata: Adakah Tuhan
boleh dahaga, lapar dan tidak tahu bila hari kiamat?
Jawap saya: Saya yakin soalan
ini sebenarnya merujuk kepada Yesus (yang orang Kristian tegaskan adalah Tuhan)
dan beberapa sifat-Nya yang membuktikan bahawa Dia sepenuhnya manusia – dahaga
(Yohanes 19:28), lapar (Matius 4:2) dan tidak tahu hari dan waktu kiamat
(Matius 24:36). Orang Kristian bukan hanya tidak menafikannya bahkan bersyukur
kerana Yesus adalah seorang manusia tulen. Mengapa?
Orang Kristian percaya bahawa Yesus adalah Allah yang telah menjadi sepenuhnya manusia
dan diam bersama dengan ciptaan-Nya untuk seketika supaya Dia boleh mengalami
maut, maut di atas salib, untuk menebus manusia, memeterai perjanjian baru antara
manusia dan Allah dan menyediakan jalan pengampunan kepada sesiapa sahaja yang
percaya kepada-Nya! Ini semua tidak mungkin jika Yesus BUKAN manusia.
Kesatuan
hipostatik ialah terma yang pakai untuk menerangkan bagaimana Yesus, mengenakan
sifat manusia, tetapi tetap sepenuhnya Tuhan pada masa yang sama. Tidak ada
waktu Yesus BUKAN Tuhan (Yohanes 8:58, 10:30), tetapi sewaktu inkarnasi-Nya
(terma yang dipakai untuk menerangkan mukjizat Yesus menjadi manusia) Dia
menjadi manusia. Kesatuan sifat manusia dan ilahi ini ialah apa yang dipanggil
kesatuan hipostatik, Yesus Kristus, satu Peribadi, sepenuhnya Tuhan dan
sepenuhnya manusia.
Dua sifat Yesus
ini tidak boleh dipisahkan. Yesus akan selama-lamanya bersifat manusia-Ilahi,
dua sifat berbeza dalam satu Peribadi. Kedua-dua sifat ini tidak bercampur tetapi
bersatu tanpa mengalami kehilangan identiti dan keunikan setiap sifat. Ada
masanya Yesus berfungsi dalam kapasiti manusia yang terhad (Yohanes 4:6, 19:28)
dan ada masanya dalam kapasiti sebagai Ilahi yang berkuasa (Yohanes 11:43;
Matius 14:18-21). Dalam kedua-dua situasi tindakan Yesus berasal dari satu
Peribadi, iaitu Yesus.
Doktrin kesatuan
hipostatik adalah satu usaha menerangkan bagaimana Yesus boleh pada masa yang
sama manusia dan Tuhan. Walaupun usaha ini tidak sempurna dan kefahaman lengkap
tidak dapat dialami ramai, kebenarannya ialah bahawa Yesus ialah manusia yang dikandungi
dalam Maria kerana aktiviti Roh Allah (Lukas 1:35) tetapi Dia (Yesus) sudah
wujud sebelum itu (Yohanes 8:58, 10:30). Apabila Maria mengandung, Yesus
menjadi manusia dan juga Allah (Yohanes 1:1,14).
Yesus adalah
manusia dan Tuhan. Dia menjadi manusia untuk mengalami dan bersama kita dalam
kesusahan yang kita alami (Ibrani 2:17) dan lebih penting lagi, supaya Dia
boleh membayar upah dosa di atas salib (Filipi 2:5-11).
Ya, Tuhan pernah
lapar, dahaga dan tidak tahu masa depan sesuatu kerana ada seketika dalam
sejarah manusia, Tuhan menjadi manusia dan mengalami semua yang manusia alami. Sudah
anda kenal Dia?